
TENTANG KAMI
Caliph Multitech adalah sebuah kedai yang membaikpulih pelbagai jenama komputer riba,Printer dan smartphone pelbagai model sehinggalah model tersohor iaitu Apple. Caliph Multitech beroperasi secara rasminya bermula pada awal jun tahun 2015 di Mentakab Pahang.
Kami mempunyai pengalaman dalam membaikpulih peralatan komputer lebih kurang 5 tahun, Manakala pengalaman kami dalam membaikpulih printer bermula dari tahun 2013 lagi.
Idea untuk membantu mereka yang mempunyai masalah komputer ini mula tercetus apabila kami melihat ramai lagi pengguna-pengguna laptop yang tertipu hidup-hidup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah ada yang sanggup membayar dengan jumlah yang tidak berpatutan. Rupanya masih ramai lagi pengguna laptop diluar sana yang belum tahu bahawa laptop yang rosak masih boleh dibaiki.Mereka seringkali dimomokkan dengan harga baiki sama macam harga beli baru. Tidak semua komponen yang harganya sama macam beli baru.
Oleh itu, Caliph Multitech bertanggungjawab membantu mereka yang mempunyai masalah dengan laptop samaada perisian mahupun komponen yang dihadapi oleh pengguna diluar sana . Satu kesalahan jika Caliph Multitech tidak berkongsi kemahiran yang ada. Pengguna Komputer juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara PERCUMA dari Caliph Multitech tentang tips dan penjagaan Laptop. Malah apa yang istimewa ialah diCaliph Multitech menyediakan khidmat check atau diagnose secara PERCUMA.Tiada bayaran dikenakan walaupun pelanggan tidak mahu baiki.